Peranan SUSDEN Malaysia
- Bertindak sebagai pemikir dalam Pembangunan Lestari.
- Menjadi titik tumpuan penyertaan masyarakat dalam pergerakan Pembangunan Lestari.
- Mengusahakan kempen untuk menimbulkan kesedaran dan pendidikan masyarakat.
- Memantau aktiviti pembangunan dan menyediakan kritikan dan maklumbalas.
ENAM RUKUN Pembangunan Lestari
- Keadilan sosial
- Berdaya membaharui semula ekologi
- Berdaya maju ekonomi
- Politik penyertaan
- Budaya bersemangat
- Kesempurnaan kerohanian
PERAKUAN VISI
SUSDEN Malaysia mempercayai adalah tanggungjawab bersama untuk :
- Melindungi dan memulihara Malaysia sebagai sebahagian daripada organisme sokongan kehidupan dan;
- Memastikan kemandirian bersama secara lestari tanpa mengorbankan masa depan generasi akan datang.
Pembangunan Lestari memerlukan kesungguhan dan penyertaan setiap seorang. Ia harus bergerak dari gambaran global kepada tanggungjawab individu – ia harus menjadi untuk ukuran seorang – kecil, ringkas dan mudah difahami dan diamalkan.
Piagam SUSDEN Malaysia
PIAGAM TINDAKAN – SAIZ SEORANG
- Berubah dari kehidupan mewah kepada gaya hidup sederhana.
- Berubah dari pencemar kepada pemulihara.
- Berubah dari tidak mesra alam kepada mesra alam.
- Berubah dari menyokong ekonomi pedagang kepada ekonomi sosial.
- Berubah dari sekadar menonton kepada penyerta aktif.