Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (Sustainable Development Network Malaysia atau SUSDEN Malaysia) terlahir lanjutan proses Sidang Kemuncak Bumi di Rio pada 1992 oleh UNCED (United Nations Commission on Environment and Development). SUSDEN Malaysia adalah sebuah pertubuhan sosial bukan kerajaan berdedikasi untuk memajukan pembangunan lestari (sustainable development).